Saturday, March 29, 2008

Hiasan Gubahan Buahan Tempatan




Haa.. bagaimana? Cantik tak gubahan buah-buan tempatan ini. Ianya sesuai dijadikan meja pencuci mulut selepas makan utama kepada Dif dan VIP-VIP dalam satu-satu majlis. Biasanya Badri Management Services buat gubahan ini untuk majlis-majlis melibatkan pembesar-pembesar negara maupun duta-duta dari negara luar yang akan dipromosikan buahan tempatan kepada mereka. Bagaimanapun, adalah amat dicadangkan dan digalakkan gubahan ini mula digunakan untuk majlis-majlis kenduri kahwin. dah tentu meja gubahan ini boleh menjadi kenangan seumur hidup baik kepada pengantin sendiri maupun pengunjung-pengunjung jemputan. Untuk tempahan, hubungi 019-6694523.


Nasi Ayam Badri


Sekali rasa sure nak lagi !!! Nasi ayam yang menggiurkan ini boleh ditempah dari Badri Management Services pada bila-bila rasa ngiur muncul. Cumanye, tempahan yang dibuat mestilah pada minima 30 orang makan. Kalau terlalu sikit takut-takut rugilah kami, sebab nak goreng ayam tu kan guna kuali gergasi dan minyak masaknya dah tentulah berkilo perlu digunakan. Tempahan, sila hubungi 019-6694523.

BBQ Kambing Aqiqah




Hari ini saya bersama Amin menjayakan katering sempena aqiqah anak En Nordin. Acara ini berlangsung di kediaman baru beliau yang beralamat di No. 13, Jalan Mutiara 1/9, Taman Mutiara Indah, Puchong.




Acara bermula jam 3.00 ptg selepas tamat bacaan doa dan tahlil dan berakhir pada 5.00 ptg. Selesai sahaja majlis, hujan turun selebat-lebatnya di sekitar Puchong.